Home About

Jualan Amal IRM di Karnival WOW, Putrajaya.

by the administrator on February 24, 2012

Putrajaya, 23 Februari 2012 – Islamic Relief Malaysia (IRM) sedang mengadakan jualan amal di tapak Karnival WOW, Presint 2, Putrajaya. Karnival tahunan tersebut bermula dari 23 Feb 2012 hingga 26 Feb 2012. Pelbagai barangan "2nd best item" dijual kepada pengunjung. Antaranya pakaian, barang permainan kanak-kanak, kasut dan beg.

Gerai IRM pada hari pertama dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan produksi dari Astro Ria yang melakukan penggambaran program realiti terbaru, Misi 12. Penggambaran tersebut diadakan sebagai pengisian salah satu episod Misi 12 yang mendedahkan 12 pelajar Misi12 kepada aktiviti kebajikan. Para pelajar diberi tugasan mengumpul dana Somalia melalui jualan barangan IRM. Beberapa orang artis turut memeriahkan sesi jualan pada hari itu seperti Fahrin Ahmad (pengacara Misi 12), Jimmy Shanley (sukarelawan selebriti IRM) dan Hattan (artis jemputan Misi 12).

IRM turut dibantu oleh para sukarelawan dalam menjayakan jualan pada acara empat hari itu. Orang ramai bolehlah mengunjungi gerai IRM sehingga 26 Feb 2012 (Ahad) dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Gerai jualan IRM terletak berhampiran dengan pentas Upin dan Ipin (berhadapan Menara Usahawan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Subscribe without commenting